find my blog

Sabtu, 24 Julai 2010

Assalamualaikum..
Ada beberapa perkara yang Berungis News ingin war2 kan kepada warga2 berungis sekalian.


1)Mesyuarat persediaan Badan Mesjid pada malam hari jumaat yang lalu telah mengambil ketetapan seperti berikut:
a) Sembahyang Tarawih akan di adakan sebanyak 20 rakaat.
b)Moreh @ idar tidak akan di adakan. Tetapi sekiranya terdapat orang peseorangan yang ingin bersedekah adalah digalakan.
c) Gotong royong membersihkan mesjid akan diadakan pada 1 Ogos bermula jam 0900 pagi.


2)Gotong royong membersih tanah perkuburan di kampung Saman akan di buat pada 31 julai
bermula jam 0900 pagi hingga selesai. Gotong royong ini adalah kerjasama antara JKKK Kg. Berungis dan
JKKK Kg. Saman.

Berungis News ingin mengumumkan saudara Awang Mumin berkerja  di bahagian bekalan ubat di hospital Berungis  telah meninggal dunia pada subuh Jumaat kira kira jam 3 pagi. Dembula yang juga tinggal berselang 1 rumah dengan saya di Taman Seri Tambalang telah di kebumikan di kampung beliau di Kuala Penyu selepas sembahyang jumaat. Al Fatihah

Sekian saja dari meja Berungis news.

Rabu, 21 Julai 2010

Pergi tak kembali

Innalilah.....
Faizal bin Mud( empu dembula ma mud) telah meninggal dunia pagi tadi di Hospital Pakar Likas kira2 jam 0900 pagi tadi. Beliau meninggal setelah sampai di Hospital selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya di tebobon.
Jenazah masih lagi dihospital pada masa ini jam 130 petang.

Jenazah adik Faizal telah selamat di kebumikan petang ini juga kira2 jam 630 petang.

Selasa, 20 Julai 2010

Sains mengungkap kebenaran Al-Quran

Merujuk kepada matahari dan bulan di dalam Al Qur’an, dinyatakan bahawa masing-masing bergerak dalam orbit atau garis edar tertentu.




“Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.” (Al Qur’an, 21:33)








Disebutkan pula dalam ayat yang lain bahawa matahari tidaklah diam, tetapi bergerak dalam garis edar tertentu:

“Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.” (Al Qur’an, 36:38)










Fakta-fakta yang disampaikan dalam Al Qur’an ini telah ditemui melalui kajian astronomis di zaman ini. Menurut perkiraan para ahli astronomi, matahari bergerak dengan kecepatan luar biasa yang mencapai 720 ribu km per jam.



Ini bererti matahari bergerak sejauh kurang lebih 17.280.000 kilometer dalam sehari. Bersama matahari, semua planet dan satelit dalam sistem graviti matahari juga berjalan menempuh jarak ini. Selanjutnya, semua bintang di alam semesta berada dalam suatu gerakan serupa yang tersusun.







Keseluruhan alam semesta yang dipenuhi oleh lintasan dan orbit seperti ini, dinyatakan dalam Al Qur’an sebagai berikut:

“Demi langit yang mempunyai jalan-jalan.” (Al Qur’an, 51:7)



Terdapat sekitar 200 juta galaksi di alam semesta yang masing-masing terdiri dari hampir 200 bintang. Sebahagian besar bintang-bintang ini mempunyai planet, dan sebagian besar planet-planet ini mempunyai bulan. Semua benda langit tersebut bergerak dalam garis peredaran yang diperhitungkan dengan sangat teliti.



Selama jutaan tahun, masing-masing seolah “berenang” sepanjang orbitnya dalam keserasian dan teratur yang sempurna bersama dengan yang lain. Selain itu, sejumlah komet juga bergerak bersama sepanjang orbit yang ditetapkan baginya.



Orbit di alam semesta tidak hanya dimiliki oleh benda-benda angkasa. Galaksi-galaksi pun berjalan pada kecepatan luar biasa dalam suatu garis peredaran yang terhitung dan terencana. Selama pergerakan ini, tak satupun dari benda-benda angkasa ini memotong lintasan yang lain, atau berlanggar dengan lainnya. Bahkan, telah terbukti bahawa sejumlah galaksi berpasangan satu sama lain tanpa satu pun dari bahagian-bahagiannya saling bersentuhan.



Pada saat Al Qur’an diturunkan, manusia tidak memiliki teleskop masa kini ataupun teknologi canggih untuk mengamati ruang angkasa berjarak jutaan kilometer, tidak pula berpengetahuan fizik ataupun astronomi moden.



Oleh itu, saat itu tidaklah mungkin untuk mengatakan secara ilmiah bahwa ruang angkasa “dipenuhi lintasan dan garis edar” sebagaimana dinyatakan dalam ayat tersebut. Akan tetapi, hal ini dinyatakan secara terbuka kepada kita dalam Al Qur’an yang diturunkan pada saat itu: karena Al Qur’an adalah firman Allah.



Allahuakbar! Posted @ www.isuhangat.net

Ahad, 18 Julai 2010

Kabel Elektrik putus

Bekalan elektrik telah terputus di sebahgian kawasan di  kampung Berungis. Kawasan yang terlibat bermula dari kawasan Lok Kukas termasuk sebelah bukit(Ungus) dan sebelah sungai tempat rumah Zeli hingga ke masjid. Bekalan telah mula terputus kira-kira jam 8 malam.
Menurut En. Jali(Juruteknik SESB) satu talian(wayar) kabel telah putus di kawasan tengah sawah padi bersebelahan Masjid. Punca2 kabel tersebut putus tidak di pastikan oleh beliau tapi tidak menghairankan jika talian tersebut bersentuhan antara satu sama lain.
Menurut En. Jali, pembaikan akan di buat oleh pihak kontraktor SESB pada esok pagi. Jangka masa siap tidak dapat di pastikan. Harap2 kerja2 tersebut tidak terhalang oleh cuaca esok hari.
Kepada Warga berungis yang terlibat dengan terputusnya bekalan elektrik ini diminta bersabar. Tindakan segera akan di buat oleh pihak SESB.

Sabtu, 17 Julai 2010

"BerUNgIs NewS"

Jumlah tetamu yang bertandang ke blog BerUNgIs NewS menghampari angka 500. Terimakasih atas sokongan secara langsung dan tidak langsung.Bagi pihak BNewS di ucapkan ribuan terimakasih.Bolg ini di wujudkan sebagai sumber maklumat kepada semua warga berungis yang tinggal di seluruh negara.Sekali lagi ribuan terimakasih kerana menyokong.
Menjelang malam

Jumaat, 16 Julai 2010

Kebesaran ILAHI

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler

Cerita yang Berungis News dapat dari E-mail.






Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"


Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.



Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.



Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"



Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -



1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.



2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.



Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.









Beliau juga telah memberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu menunggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...











Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...











Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...

















Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.



Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :



1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.

Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :



(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...



Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.



Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...





2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar



Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.



" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"





3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"



Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...





Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Selasa, 13 Julai 2010

Juara rakyat

Satu acara yang di namakan juara rakyat akan di adakan di gelanggang futsal Laya- Laya pada 17 dan 18 ini.Kepada  warga Berungis yang mempunyai kelapangan di jemput hadir.
Ini juara tidur..........

Isnin, 12 Julai 2010

Banjir

Hujan petang tadi telah mengakibatkan Jalan Tuaran telah di tengelami oleh air. Menurut lapuran dari rakan rakan jalan Menggatal lama tidak boleh di lalui oleh kenderaan kerana telah di tengelami oleh air sedalam 2 meter. Jalan tersebut telah di buka semula pada jam9 malam.

Ahad, 11 Julai 2010

Derby berungis mlm in . On Bah

key player BFC
antara pemain berungis utara .. 

salam hari jumaat kepada kawan - kawan semua . Sudah sembayang ka ni?? mlm ni ada Derby Berungis di antara FCB dan gabugan budak berungis dan budak saman , tempat tambalugu tuaran . bermula pada pukul 0800 pm kalau ikut main boleh lah datang jam 0730 . pemanasan badan pada pukul 0500 petang ini jika tidak hujan lah. . so kepada yang datang jumpa di sana . ON BAH
pemain - pemain berungis utara  

Spain Lawan oren

Sebentar tadi Torres telefon. Dia kata tak bermain malam ini.Pengurus yang cadangkan kerana spain mahu main bertahan.Bila di tanya tentang jaringan dia kata paling2 pun 1-0 atau 1-1.
Toress punya cakap nii kita boleh percaya...dan saya pun patut percaya.....dan anda pun mesti percaya...kerana Torres boleh di percayai
Matadors Spain

Berita YIT.

Saudara Yit masih lagi di HQE bertempat di SMC Luyang. Beliau hanya mengalami tulang punggung sebelah kiri terlepas. Beliau di khabarkan di langgar oleh Wira Kuning di Bulatan jam di tuaran. malang tak berbau. Pemandu kereta tersebut telah membawa Yit ke hospital berungis.Diharap kepada  warga berungis yang berkesempatan boleh lah datang melawat.

Sabtu, 10 Julai 2010

Wajah pencipta Blog Berungis News

germany main ini malam

sebentar tadi saya terima sms dari Klose. Dia kata dia tak main. Lham pun sama. Dia kata jangan percaya sutung punya pilihan.  Dia suruh pilih uruguay...betul kah tuuu.kita tunggu malam ini

Disebelah pagar

Seperti di duga Contoh menang berganda.

Yit di langgar kereta

Saudara Yit@Lord telah di langgar kereta tengahari tadi. Dia hanya mengalami patah kaki kiri. Sekarang berada di HQE. Berita terkini akan menyusul kemudian.

Jumaat, 9 Julai 2010

uruguay lawan pasukan sutung

Kalau la saya jadi pasukan sutung, Saya akan bagi Uruguay menang. Sebabnya buat apa tempat ketiga. alang2 sudah. kata orang buat apa ambi prize. Bagus  pegi jumpa bokie ambi jerman kalah. ada bayar juga. Itu kalau saya la..tapi pasukan jerman kita tidak tahu kan. Tapi saya percaya pasukan jerman akan buat pilihan macam saya juga. Cuma kadang2 tahan horse ni susah. Kalau bibit kampung senang saja.

Rabu, 7 Julai 2010

Pemain yang score gol kemenangan. Macam powek kan?

Sekapur Sirih.

Setelah kampung kita sepi tanpa apa2 acara sejak World Cup, akhirnya Kelentangan dan Gong berbunyi semula.Tanpa angin dan ribut, satu majlis perkhawinan akan di jalankan di kampung pada minggu ini.
En. Hassan(Tegap dan bekas pekerja TM) akan membuat majlis perkahwinan anak beliau di rumah
Sarjan(B) Sibi. Untuk makluman isteri Sarjan Sibi dan En. Hassan adalah adik beradik.Dalam perbualan dengan BNews 2 minggu lalu, En. Hassan telah menjemput warga Berungis untuk hadir dan memeriahkan majlis perkahwinan anak beliau.Semasa perbualan tersebut Bnews telah lupa tentang acara padang. Jadi tiada acara padang yang akan di jalankan pada malam sabtu dan ahad. Sekian lapuran dari BNews.

Di sebalik pagar

Dengar2 Contoh lawan mancit2 sabtu ini.Tokey Contoh suruh pakai kasut. Entah kesampai atau tidak, kita tunggu hari sabtu.

Torres telefon la....

Toress baru col. Dia kata Spain tetap menang. Dia orang main bertahan. Kalau menang paling banyak pun 1-0. Kalau tak 0-0. Kalau Toress bagi tips, memang boleh di percayai.Ini kali la kau Jerman, Makan la sutung kurita yang buat ramalan  tuuu.Setakat England kau boleh buat sayur. Argentina kau buat lauk...Ini dia abang England sepupu Argentina. Kau rasa la malam ini. Kalau spain menang  saya belanja makan sotong bakar.
                                    Masa Spain menang lawan Pertugal. Ada parti di Liverpool

Selasa, 6 Julai 2010

Holland lawan Uruguay

Pagi pagi lagi Ashely Cole sms"ramalan ko tepat, Holland menang kelebihan 1 gol. Kita jumpa saya belanja mee goreng". Saya tahu la dia pegi ambi semua kelebihan 1 gol hinggakan 5-4 pun di ambilnya. Apa punya bangang pertahanan Holland, bagi Uruguay score 2 gol.Yang paling banggang tu gol last 90 + 2. Kata primus " mengam tikaman".Antara sebab sebab Holland bukan pilihan  jadi kerana juara gol yang di jaringkan oleh lawan minit2 akhir perlawanan. Masa lawan Slovania pun begitu. Minit 90 +3 yang jadi mangsa.Ini kali la ko Holland. jumpa Spain di akhir. Makan rumput la kau ini kali.
Penjaga gol bingung. Jangan casilas begini  esok sudah ler.

Bersama peminat









John Heitinga bersama Danish penyokong Spain

Penyokong Holland dan Spain



Uruguay score 1 biji

" Holland menang 2-0 " sms Micheal Platini. Ringkas tapi padat dan belum tentu tepat. Dia ingat Uruguay tidak score kah malam ini. Platini macam Messi juga terlalu konfiden.Dia ingat holland main 11 orang , Uruguay main 9 orang kah. Mana boleh uruguay tidak score malam ini. Kalau Germany saya percaya la tidak score malam esok. Saya percaya malam ini Holland menang tapi Uruguay score.Mungkin 2-1 atau 3-1. Kalau ramalan saya tak betul saya belanja makan mee goreng.
                                                             

Isnin, 5 Julai 2010

Sembang Bola

Micheal Ballak baru sms, dia kata Sutung ramal Spain menang dan dia percaya klu Spain menang 3-2 atau kalau Germany menang 3-2 juga.Pandai la kau,nanti macam Messi dan Maradona ramal punya ramal kena buat lauk oleh Germany. Kita tunggu sms Torres, Dia punya ramalan memang tepat.Orang kata ngam ngam. Percaya la sama kau Toress.
Tengah malam tadi Forlan ada sms kata dia tak berani ramal.Dia suruh tanya Kuyt lagi. Mentang2 la Kuyt tu pemain liverpool dia ingat kuyt tu tak pandai tipu kah. Macam Holland lawan Brazil. Kuyt siap sms lagi kata Holland tiada harapan menang.Last last Brazil dia orang bungkus. Tak boleh pecaya juga Kuyt ni. Kita tunggu sms Jong pula. harap2 Jong tidak tipu.Kalau saya berani , nanti saya  cuba sms Micheal Paltini.

Melupakan kekalahan Argentina...




Holland lawan Uruguay

Sebentar tadi BNews menerima sms dari rakan tentang cadangan kemenangan Holland.  Dengan kedudukan 4 dunia pasukan Uruguay tidak terdaya untuk menafikan peluang Holland ke fainal.Pada pandangan BNews, selepas Holland menjaringkan gol mereka akan bertahan. Mungkin kemenangan Holland hanya 1-0 atau 2-1. Tapi kalau Uruguay melawan, mungkin kemenangan 3-1.

Ahad, 4 Julai 2010

Dont't cry for me argentina

Danish menangis bila argentina tewas kepada germany

Riang ria di pagi ahad....

Penyokong Germany ketawa besar bila Argentina di buat lauk." Sebelum perlawanan Pakcik sudah kata Argentina tu macam Comando jumpa Novel Prize. Kalau Comando tidak mahu limpas menang la Novel Prize...Hahahahahahah". Perbualan ini di rakam tanpa di sedari oleh pakcik.

Abang Muntari ketawa besar mendengar perbualan tersebut, walaupun pasukan  adik beliau kalah di peringkat suku akhir.

Penyokong Brazil cuba mengertak jurugambar BNews.Dia rasa BNews boleh kena gertak kah!!!!!

Sabtu, 3 Julai 2010

Toress

Terim kasih Toress kerana berkata benar...klau messi dan Maradona tu auta adalah. mentang2 la Argentina tu pasukan kuat...main2 pula. Balik argentina la. main bola dengan Lembu di sana.

Separuh akhir ke-2.

Malam ini pertemuan antara pasukan yang di gelar Terminator akan bertemu pasukan Germany.Seperti Teori saya  hari khamis lalu , sekiranya Brazil tewas Argentina akan menang.Malam ini Argentina akan menang dan akan bertemu Spain di separuh akhir.Jumlah jaringan pula menurut Messi 1-0 tapi telah di nafikan oleh Maradona yang meramal 3-2.
Pertemuan antara Spain melawan Paraguay di ramal Spain menang 1-0(Toress yang Sms kelmarin petang).

Jumaat, 2 Julai 2010

Brazil lawan Belanda, Uruguay lawan Ghana

Ramalan BNews tebalik lurus...kata orang iskou.

Bola lagi

Bnews telah menerima banyak panggilan dan SMS untuk ramalan jaringan malam ini. Untuk tidak menghampakan rakan2 semua....Malam ini Brazil akan menang selepas 90 minit. kira seri la 90 minit. Perlawanan Ghana pula......Ghana akan menang 90 minit menerusi gol padang.Pasal penjaga gol uruguay tidak campin. Malam esok kita tengok siapa yang kena???????

Khamis, 1 Julai 2010

kenduri

Kenduri 7 hari arwah suami Piah akan di adakan pada hari ini di kupang.

Sekapur sirih

Dari maklumat yang di berikan tiada majlis perkhawinan di kampung pada minggu ini. Cuma kenduri arwah 7 hari di kupang. Arwah laki Piah.

Rabu, 30 Jun 2010

World cup.

Peringkat suku akhir akan bermula malam esok. Ramalan Bnews adalah seperti di bawah.
Nombor dalam kurungan adalah Ranking dunia pada sebelum bermulanya kejohanan ini.

a)Brazil(1) ws Holland(4)

b)Uruguay(16) lwn Ghana( 32)

c)Argentina( 7) lwn Germany( 6)

d)Spain( 2) lwn Paraguay( 31)

Ramalan BNews:

a) Brazil akan menang. Dari ranking sudah satu kelebihan. Memandangkan pada 2014 Brazil akan menjadi tuan rumah, memasuki peringkat separuh akhir dan akhir adalah satu kelebihan(sila lihat germany 2002).Sekiranya Holland menang, Argentina akan menewaskan Germany. Tapi pada pandangan BNews, Brazil akan menang Berdasarkan kepada Ranking.

b)Ghana akan mengalahkan Uruguay. Pasukan Ghana adalah wakil benua Afrika setelah pasukan Afrika lain tewas. Walaupun ranking dunia tidak menyebelahi Ghana namun Ghana telah membuktikan dengan mengalahkan USA ranking 14. Ini terjadi dengan pasukan  Korea selatan pada 2002. Pada tahun itu korea berada di tangga di tangga ke 42 dan berjaya mengalahkan pasukan Italy(6) dan Spain(7).


c) Argentina akan kalah, setelah Brazil menang pada malam sebelumnya.Sejarah world cup membuktikan sejak dari perubahan format pertandingan bermula 1986, pasukan Brazil dan Argentina tidak akan bersama2 berada di separuh akhir. Pada 1986 Brazil tewas kepada France (penalti) pada peringkat sukuakhir dan Argentina menjadi juara. Pada 1990 Brazil dan Argentina bertemu di pusingan ke2 dan Brazil tewas 1-0. 1994 Argentina tewas kepada Romania pada pusingan ke2 dan Brazil telah menjadi juara pada tahun itu. 1998 Argentina tewas kepada Holland dan Brazil telah memasuki perlawanan akhir tapi tewas kepada France. 2002 Argentina tidak layak masuk ke peringkat kalah mati dan Brazil menjadi juara. 2006 Argentina dan Brazil tewas di peringkat sukuakhir. Germany akan menang.

d) Spain akan menang. Perbezaan ranking terlalu jauh kelebihan Spain. Tidak pernah dalam sejarah pertandingan hanya ada satu pasukan eropah yang bermain di separuh akhir. Pertandingan yang lepas lepas telah membuktikanya. 2006 semua slot di isi oleh eropah, Germany lwn Italy dan Portugal lwn France.
2002, Korea lwan Germany dan Brazil lwn Turkey. 1998 Brazil lwn Holland dan France lwn Croatia. 1994 Sweden lwn Brazil dan Bulgaria lwn Italy.


Separuh akhir.

a) Brazil lawan Ghana.

Kelebihan kepada Brazil untuk menang dan Brazil memang telah di takdirkan pergi keperlawan akhir walaupun menjadi tuanrumah pada 2014( Lihat Germany . Tuanrumah 2006 tapi ke perlawanan akhir 2002). Ranking dunia akan menjadi panduan pada masa itu.  Kes seperti juga masa Korea menjadi tuan rumah tapi hanya bermain di peringkat separuh akhir sahaja.

b) Germany lawan Spain.

Dari ranking Spain mempunyai kelebihan untuk menang. Sekiranya Germany menang,rangking pasukan dunia tidak boleh di pakai. Perlawanan akhir adalah antara ranking pertama dan kedua.

Perlawanan akhir.

Brazil dan Spain.

Brazil akan menjadi tuan rumah pada 2014. dari sejarah belum pernah pasukan dari eropah akan menjadi juara di benua amrika. kejohanan 2010 adalah milik eropah. Pada 2002(Asia) di tanah baru Brazil telah menjadi juara. kali ini giliran eropah pula.sekiranya Brazil menjadi juara, maka sejarah baru akan tercipta tapi untuk mencipta sejarah world cup bukan mudah.Percayala pada 1982 Spain kempunan, pada 2010 adalah harinya. setelah menjadi juara eropah2008, Spain akan menjadi juara dunia pula.


*Sekiranya ada yang mahu mencabar hujah ini sila berikan komen.

Isnin, 28 Jun 2010

Jawapan

Seperti di janji kan di sertakan Jawapan bagi persoalan yang telah di kemukakan pada jumaat lepas;

JawapannyaKata Imam Ghazali




1. Yang paling dekat dengan kita adalah “MATI”. Sebab itu sememangnya janji Allah swt bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)



2. Yang paling jauh dari kita di dunia ini adalah “MASA LALU”. Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.



3. Yang paling besar di dunia ini adalah “NAFSU”. Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.



4. Yang paling berat di dunia ini adalah “MEMEGANG AMANAH”. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah swt meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya sanggup dengan permintaan Allah swt, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak dapat memegang amanahnya.



5. Yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita dan kehidupan dunia, kita meninggalkan solat, gara-gara bermesyuarat dan berseronok-seronok, kita meninggalkan solat.



6. Yang paling tajam di dunia ini adalah “LIDAH MANUSIA” Kerana melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.



Wallahualam.

Posted @ www.isuhangat.net

Sabtu, 26 Jun 2010

Penyokong Italy, France dan Spain

Penyokong Italy.Komen"Italy sudah pernah juara mah.3 kali lagi. Spain apa ada? Makan loti lah"



Penyokong France. Komen" itu nasib. keluar awal. boleh la Anelka jumpa Cannavaro di airport"




Penyokong spain. Komen "tak kesah jumpa pasukan mana pun. Yang penting masuk pusingan kedua. Bukan macam Italy dan France awal awal sudah opoh"

Jumaat, 25 Jun 2010

Kampungku

kampung Berungis akan ada mercutanda yang baru...kedai 3 tingkat. tapi siapa pemiliknya nanti??

Pergi tak akan kembali

Innalilah......
Suami kepada Piah anak dembula Bunu@ Ma piah @ kakak demula Jan telah meninggal dunia di Kupang tengahari tadi.Piah telah buat rumah di tapak bekas rumah dembula bapa beliau di kupang berdekatan dengan gelangang takraw.Kepada warga berungis yang berkesampatan boleh la datang menziarah.

Khamis, 24 Jun 2010

Pembuka minda Pagi jumaat.

Soalan 1: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Soalan 2: Apa pula yang paling jauh dari kita di dunia ini?

Soalan 3: Apa yang paling besar di dunia ini?

Soalan 4:Apa yang paling berat di dunia ini?

Soalan 5: Apa yang paling ringan di dunia ini?

Saoalan 6: Apa yang paling tajam di dunia ini.?

Jawapan akan di berikan kemudian...Kalau sesiapa yang boleh jawap ada hadiah
Dengan terteranya gambar tersebut BNews melangkah ke era baru. Bnews akan cuba memaparkan gambar2 persekitaran kampung tentangapa2 yang menarik....
Kek coklet. hari jadi Achik

Sekapur sirih

Meja Bnews tidak menerima berita tentang majlis perkhawinan atau kenduri pada minggu ini di kampung. Cuma ada berita perkhawinan cucu Hj Ebi di kampung Lok Batik pada hari ahad.

Selasa, 22 Jun 2010

Kenduri

Kenduri arwah Ma mali akan di adakan esok di Onsom. Kepada yang ada kelapangan di jemput hadir

Isnin, 21 Jun 2010

Lapuran jam 3 petang

Cuaca mendung tapi tidak hujan. Bapa kabil melapurkan keadaan kampung masih ceria dengan pemuja2 bola keluar dan masuk. Para tetamu juga sudah pulang ke rumah masing-masing.Sekian saja lapuran kali ini.

Ahad, 20 Jun 2010

Santapan jiwa

10 kisah orang bodoh yang berjaya
10 kisah orang-orang yg gagal/pahit terlebih dahulu dan akhirnya berjaya dengan luarbiasa sebagai motivasi kepada kita semua.


1. Albert Einstein






Dialah Ilmuwan terkenal abad 20 yang terkenal dengan teori relativifnya. Dia juga salah satu pemenang Nobel. Siapa sangka dia adalah semasa kanak-kanak, beliau ialah terlambat bercakap dan juga mengidap Autisme iaitu penyakit yang sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain. Waktu kecil dia juga suka lalai dengan pelajaran.




2. Abraham Lincoln




Kisah Lincoln merupakan contoh klasik orang-orang yang benar-benar berani gagal.
Gagal dalam bisnes pada tahun 1831.
Dikalahkan di Badan Legislatif pada tahun 1832.
Gagal sekali lagi dalam bisnes pada tahun1833.
Mengalami patah semangat pada tahun 1836.
Gagal memenangkan pertandingan pidato pada tahun1838.
Gagal menduduki dewan pemilih pada tahun 1840.
Gagal dipilih menjadi anggota Kongres pada tahun 1843.
Dilantik menjadi anggota Kongres pada tahun 1846.
Gagal menjadi anggota Kongres pada tahun 1848.
Gagal menjadi anggota senat pada tahun 1855.
Gagal Menjadi Presiden Pada Tahun 1856.
Gagal Menjadi anggota Dewan Senat pada tahun 1858.
Akhirnya pada tahun 1860 dilantik sebagai presiden Amerika yang ke-16 dan salah seorang presiden yang sukses dalam sejarah Amerika.


3.Bill Gates




William Henry Gates III, atau yang lebih dikenal Bill Gates adalah CEO Microsoft. Ia juga merupakan seorang yang dermawan melalui kegiatannya di Yayasan Bill & Melinda Gates. Ia adalah pertama dalam orang terkaya di dunia versi majalah Forbes selama 13 tahun (1995 hingga 2007). Siapa sangka dia sebelumnya pernah dibuang dari Harvard dan bekerja sebagai Office Boy


4. Adam Khoo






Dia orang Singapura. Waktu kecil, ia adalah penggemar games yang ekstrem dan TV. Sehari, ia boleh duduk berjam-jam di depan TV. Baik main PS atau menonton TV.


Adam Khoo pun dikenali sebagai seorang anak bodoh. Ketika darjah empat , Ia dikeluarkan dari sekolah. Ia pun dimasukkan ke Sekolah Rendah terburuk di Singapura. Ketika dia akan masuk Sekolah Menengah, ia ditolak oleh enam Sek Men terbaik di sana. Akhirnya, ia belajar di Sek Men terburuk di Singapura. Begitu buruknya prestasi akademiknya, tapi lama kelamaan dia semakin baik justeru karena cemuhan kawan-kawannya, hingga akhirnya memperoleh kejayaan di dunia perniagaan.


Prestasi Adam di dunia perniagaan bermula pada Adam berusia 26 tahun. Ia telah memiliki empat perniagaan dengan total nilai aset setahun bernilai US$ 20 juta.


Kisah bisnes Adam bermula ketika ia berusia 15 tahun. Ia berniaga music box. Bisnes berikutnya adalah pernigaan training dan seminar. Pada usia 22 tahun, Adam Khoo adalah trainer peringkat nasional di Singapura. Pelanggan-pelanggannya adalah para manager dan top manager perusahaan-perusahaan di Singapura. Bayarannya mencapai US$ 10,000 per jam.


5. Aristotle Onassis:




Di sekolah, ia bodoh dan suka mencari pasal dan berlagak seperti orang kaya. Tidak aneh kalau ia diusir dari beberapa sekolah. Ia sering mendapat nombor tercorot di kelasnya. Salah seorang gurunya berkata:


Teman-teman sekelas memuja dia kerana sikapnya, tetapi guru guru dan keluarganya berputus asa. Semasa dia masih muda, dengan mudah orang dapat melihat bahwa dia akan menjadi seorang di antara mereka yang akan menghancurkan diri sama sekali atau sukses secara gilang-gemilang.


Walaupun reportnya di sekolah semakin bagus, bakatnya untuk berniaga dan mencari wang telah nampak sejak kecil. Akhirnya dia menjadi seorang jutawan.


6. Thomas Alva Edison:




Suatu hari, seorang anak kecil berusia 5 tahun, agak pekak dan bodoh di sekolah, pulang ke rumahnya membawa sehelai kertas dari gurunya. ibunya membaca kertas tersebut,
Tommy, anak ibu, sangat bodoh. kami minta ibu untuk mengeluarkannya dari sekolah.
Ibunya terhenyak membaca surat ini, namun ia segera membuat tekad yang teguh, ” anak saya Tommy, bukan anak bodoh. saya sendiri yang akan mendidik dan mengajar dia.”
Tommy kecil adalah Thomas Alva Edison yang kita kenal sekarang, salah satu saintis terbesar di dunia. dia hanya bersekolah sekitar 3 bulan, dan secara fizik agak lembab, namun itu semua ternyata bukan penghalang untuk terus maju.


Siapa yang sebelumnya menyangka bahawa kanak-kanak tuli yang bodoh sampai-sampai diminta keluar dari sekolah, akhirnya bisa menjadi seorang genius? jawabannya adalah ibunya! Ya, Nancy Edison, ibu dari Thomas Alva Edison, tidak menyerah begitu saja dengan pendapat pihak sekolah terhadap anaknya.


7. Chris Gardner




Sudah pernah mdnonton film atau baca buku Pursuit of Happyness ? Itulah kisah benar kehidupan Christoper Paul Gardner yang dilakonkan oleh Will Smith. Pahit manisnya kehidupan sudah dirasakan olehnya. Kehilangan tempat tinggal, ditinggal isteri, ditangkap polis, kesulitan membayar kredit, semuanya sudah dirasakan. Dia bukanlah orang berpendidikan tinggi tapi dia terus berusaha dan berjuang, Kini dia menjadi seorang jutawan yang sukses, motivator, entrepeneur dan filantropis. Sekarang dia mempunyai Gardner Rich & Co, sebuah perniagaan saham.


8.Ludwig Van Beethoven




Jika anda mengenal seorang wanita yang sedang hamil, yang telah mempunyai 8 anak, tiga diantaranya pekak, dua buta, satu mengalami gangguan mental dan wanita itu sendiri mengidap siplis, apakah anda akan menyarankannya untuk menggugurkan kandungannya? Jika anda menjawab ya, maka anda baru saja membunuh salah seorang termasyur dunia. Kerana anak yang dikandung oleh ibu tersebut adalah Ludwig Van Beethoven. Ketika Beethoven berumur di hujung dua puluhan, tanda-tanda pekaknya mulai tampak, tapi akhirnya ia menjadi ahli muzik yang terkenal dengan karya 9 simfoni, 32 sonata piano, 5 piano concerto, 10 sonata untuk piano dan biola, serangkaian penggesek biola yang menakjubkan, muzik vokal, muzik teater, dan banyak lagi.


9. Louis Braille:




Louis Braille mengalami kerosakan pada salah satu matanya ketika berusia 3 tahun. Waktu itu secara tidak sengaja dia menikam matanya sendiri dengan alat pembuat lubang dari perkakas kerja ayahnya. Kemudian mata yang satunya terkena sympathetic ophthalmia, kesan yang terjadi karena kerosakan mata yang lainnya. Kebutaan tidak membuatnya putus asa, ia menciptakan abjad Braille yang membantu orang buta membaca. Sekarang siapa yang tidak tahu abjad Braille?


10. Mark Zuckerberg:




Pemuda ini dinobatkan sebagai jutawan termuda dalam sejarah yang bermula dari keringatnya sendiri. Mark adalah seorang anak muda yang suka berhibur dengan internet. Dimulai dari sebuah laman penghubung mahasiswa Harvard, ternyata ramai yang menyukainya, dengan nekad ia mengikuti jejak seniornya, Bill Gates, pelajar buangan dari Harvard untuk mengembangkan laman tersebut menjadi Facebook yang kita kenal sekarang. Tahukah Anda? Mark pernah menolak tawaran Friendster yang ingin membeli Facebook 10 juta US$, tawaran dari viacom 750 juta dolar dan yang paling mengkagumkan tawaran dari yahoo satu billion dolar.


Posted @ www.isuhangat.net

Terhangat dan terbaru.

Bapa kabil melapurkan keadaan di kampung berungis masih terkawal...orang keluar dan masuk tapi ada juga yang datang ke rumah.Berita terhangat akan menyusul?????..........sekian.

Mendo

Tanpa di sangka2, Pada sabtu lepas En. Jemin telah membawa rombongan mendo ke Kg. Sg. Damit. Beliau ketika di hubungi oleh Bnews hanya berkata Cerita alap jo.
Siapa yang mendo jadi rahsia sehingga mendapat jawapan dari pihak perempuan.....sekian lapuran dari Luyang KK.

Sabtu, 19 Jun 2010

Musim Hujan

Hujan sejak dari jam 12 tengahhari kelmarin telah mengakibatkan banjir kilat di kampung berungis. Lokasi yang terlibat belakang sekolah sedalam 1M dan di selekoh tuug sedalam 0.5M. Beberapa buah kenderaan telah mengalami kerosakan dan tersadai. Antara nya GEN putih SAB3132B di sekolah dan myvi silver SAA9063K di kedai tuaran(Parking di depan TOTO). Adakah ini merupakan klu????

Rabu, 16 Jun 2010

Terkini

Arwah Ma mali akan di kebumikan di Kampung Saman sebelum sembahyang Zuhor.

Pergi tak akan kembali

Innalilah...
Ma Mali bapa kepada Nordin@Uduk telah meninggal dunia subuh tadi di Onsom. Jenazah akan di kebumikan pada hari ini..lapuran selanjutnya akan menyusul dari wakil Berungis news di kupang.

Sekapur sirih

Meja Berungis News tidak mendapat apa- apa berita tentang Majlis perkhawinan atau kenduri pada minggu ini tapi ada 2 majlis yang meja berungis News perlu hebahkan.
1) anak cigu jain dari Ambong. Majlis akan di adakan di kampung Kindu.
2) Anak Hj sambas. Majlis akan di adakan di kampung Reganan.

Kedua2 majlis akan diadakan pada hari ahad ini.

XXXL

Kalau tiada aral, Kampung berungis akan ada wakil pemain yang akan bermain di liga perdana.Pemuda yang mahu di kenali sebagai nama C Y telah di panggil oleh pasukan Sabah untuk menjalani latihan semenjak 2 minggu lalu.Ketika di temui oleh wakil Berungis News malam tadi C Y enggan memberikan kenyataan.Mungkin beliau cuba memancing Wanger untuk untuk membawa beliau ke London.

Selamat Kembali

Roy@Zelan telah berpindah dari kem latihan khimat negara Tawau ke Kiulu. Perpindahan ini berkuatkuasa pada jumaat depan. Berita ini telah di sahkan oleh Mama AM sebagai wakil Berungis News di kiulu.

Selasa, 15 Jun 2010

KHAS dari BerUngis {AmCotT Theo}


Apa khabar orng ,berungis minggu ini aku ada laporan khas dari KG berungis . berita ini memang berkaitan dengan gambar diatas { gambar samry } . sebenarnya samry telah menjalani latihan dengan SABAH FC semenjak minggu lepas lagi aku dengar bahawa samry berkemungkinan besar akan menjadi penjaga gol ke-4 kah... atau ke -3 sabh FC untuk musim depan .aku pun tidak pi kg untuk beberapa hari ini jadi berita ini mungkin mempuyai kesilapan . ini saja lah untuk minggu ini kalau aku berkesempatan untk bertemu dengan samry aku akan meyoal........ beberapa soalan kepada dia mungkin akan menggambil beberapa keping gambar ......................... o.k lah perlawana CIV Vs PoR akan bermula tak lma lagi jadi THAT ALL FOR NOW .



from ; AmCotT TheO
to ; berungis fan just for you
golll..............................

Ahad, 13 Jun 2010

Indah kampungku..

Jam 230 petang hujan turun dengan lebat. Jarak penglihatan terhad...tidak nampak nombor dan warna baju. Hujan hanya reda selepas 1 jam. Menurut Pa Lija walaupun hujan turun tapi panas amat terasa. Mungkin panas dari kelmarin. Dia menambah harap2 minggu depan kurang panas.Sekian lapuran dari kandang kuda.

Tongkeh TORO

Jumaat, 11 Jun 2010

Sepintas lalu...

Sem makan angin ke Tawau.Tiada game ini malam samada di Kupang atau di dembila(Gunting)Kata En Poh " tengok bola saja la"

Khamis, 10 Jun 2010

Sekapur sirih seulas pinang

Ada 2 majlis perkahwinan di kampung pada minggu ini 13/06/2010.
1)Nama pengantin tidak di ketahui.Anak Hj Kadis Hj Diasin.tempat di Kg Saman.
2)Yus anak arwah Hj.sani kawin dengan org di Klias.Tempat di Kupang.
(Gambar2 suasana kedua2 majlis akan di upload pada hari isnin)
Sekian saja untuk makluman Saudara2 semua. Sekiranya terdapat berita atau peristiwa yang gembira,duka akan cuba di update oleh TT.

sunsuluyun

Rabu, 9 Jun 2010

ass" mlam ni Kw TelAH MeLahIrkAN SaTU BlOk yG PalINg teRMasuR D BerungIs . S o kW AkaN MulAkAN BLok Ini pADa HaRI LUsa IaiTu PaDA HAri JUMaat JadI MAri RaMai 2X ........................ GI Blok KW k BUt Do"Not fOrGot AbAut SOlAT jumaat . It IMporten U now IT sunat yg D tuntut

"BerUNgIs NewS"

"BerUNgIs NewS"