find my blog

Isnin, 28 Jun 2010

Jawapan

Seperti di janji kan di sertakan Jawapan bagi persoalan yang telah di kemukakan pada jumaat lepas;

JawapannyaKata Imam Ghazali




1. Yang paling dekat dengan kita adalah “MATI”. Sebab itu sememangnya janji Allah swt bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)



2. Yang paling jauh dari kita di dunia ini adalah “MASA LALU”. Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.



3. Yang paling besar di dunia ini adalah “NAFSU”. Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.



4. Yang paling berat di dunia ini adalah “MEMEGANG AMANAH”. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah swt meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya sanggup dengan permintaan Allah swt, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak dapat memegang amanahnya.



5. Yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita dan kehidupan dunia, kita meninggalkan solat, gara-gara bermesyuarat dan berseronok-seronok, kita meninggalkan solat.



6. Yang paling tajam di dunia ini adalah “LIDAH MANUSIA” Kerana melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.



Wallahualam.

Posted @ www.isuhangat.net

2 ulasan:

  1. Salam Tuan?
    -mohon izin utk mengcopy maklumat ini untuk dimuatkan ke dalam TINTA JUMAAT ISU 29 (JKKK Kg. Saman)- boleh bah kan?
    tengkiu~

    BalasPadam
  2. Tiada masalah bha tuan.Ini la antara kebaikan internet. Ilmu dan maklumat mudah di sebarkan.

    BalasPadam