find my blog

Ahad, 18 Julai 2010

Kabel Elektrik putus

Bekalan elektrik telah terputus di sebahgian kawasan di  kampung Berungis. Kawasan yang terlibat bermula dari kawasan Lok Kukas termasuk sebelah bukit(Ungus) dan sebelah sungai tempat rumah Zeli hingga ke masjid. Bekalan telah mula terputus kira-kira jam 8 malam.
Menurut En. Jali(Juruteknik SESB) satu talian(wayar) kabel telah putus di kawasan tengah sawah padi bersebelahan Masjid. Punca2 kabel tersebut putus tidak di pastikan oleh beliau tapi tidak menghairankan jika talian tersebut bersentuhan antara satu sama lain.
Menurut En. Jali, pembaikan akan di buat oleh pihak kontraktor SESB pada esok pagi. Jangka masa siap tidak dapat di pastikan. Harap2 kerja2 tersebut tidak terhalang oleh cuaca esok hari.
Kepada Warga berungis yang terlibat dengan terputusnya bekalan elektrik ini diminta bersabar. Tindakan segera akan di buat oleh pihak SESB.

1 ulasan:

  1. Terkini: Bekalan elektrik sudah pulih kira2 jam 11 malam. Kabel yang putus masih lagi belum di sambung.

    BalasPadam