find my blog

Khamis, 17 Mac 2011

Chelsea vs Man city : Tevez Atau Torres

Setelah disajikan dengan drama dalam Liga Juara-Juara Eropah,tumpuan kembali terarah kepada Liga Perdana Barclays. Perlawanan besar untuk minggu ini melibatkan Chelsea dan Manchester City. Kedua-dua pasukan semestinya ingin memenangi perlawanan penting ini kerana mahu mendekatkan jurang mata dengan pendahulu semasa yang mungkin tidak akan kekal lama. Chelsea mungkin akan menggunakan peluang ini untuk mengembalikan semula kepercayaan penyokong setia mereka yang masih menunggu sentuhan emas Fernando Torres yang belum menjelma. Sudah pastinya Torres akan sedaya upaya membuat sesuatu untuk menjaringkan gol pertamanya bersama Chelsea. Bagi Manchester City pula, mereka juga ingin memenangi perlawanan ini kerana hajat mereka ingin menguasai 4 kelab teratas dalam liga. Hajat mereka mungkin akan tercapai tetapi mereka mestilah mengekalkan momentum kemenangnan dalam liga. Mereka tidak perlu keciciran mata kepada pasukan bawahan liga. Sudah pastinya tumpuan terarah kepada Carlos Tevez yang merupakan kunci kejayaan utama mereka. Sentuhan ajaibnya begitu ditagih oleh Mancini dan semua penyokong City untuk meneruskan hajat mereka kekal sebagai 4 kelab atasan. Pada pendapat saya, Tevez sudah pastinya akan mendapat tumpuan yang lebih daripada pemerhati bola sepak kerana sikapnya yang begitu rajin membantu rakan sepasukan dan bijak mencuri bola serta teknik pengawalan bola yang menarik. Seri sudah memadai bagi keputusan ini. ( Pak YAn)

Adakah chelsea dapat membalas dedam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan