find my blog

Rabu, 30 Jun 2010

World cup.

Peringkat suku akhir akan bermula malam esok. Ramalan Bnews adalah seperti di bawah.
Nombor dalam kurungan adalah Ranking dunia pada sebelum bermulanya kejohanan ini.

a)Brazil(1) ws Holland(4)

b)Uruguay(16) lwn Ghana( 32)

c)Argentina( 7) lwn Germany( 6)

d)Spain( 2) lwn Paraguay( 31)

Ramalan BNews:

a) Brazil akan menang. Dari ranking sudah satu kelebihan. Memandangkan pada 2014 Brazil akan menjadi tuan rumah, memasuki peringkat separuh akhir dan akhir adalah satu kelebihan(sila lihat germany 2002).Sekiranya Holland menang, Argentina akan menewaskan Germany. Tapi pada pandangan BNews, Brazil akan menang Berdasarkan kepada Ranking.

b)Ghana akan mengalahkan Uruguay. Pasukan Ghana adalah wakil benua Afrika setelah pasukan Afrika lain tewas. Walaupun ranking dunia tidak menyebelahi Ghana namun Ghana telah membuktikan dengan mengalahkan USA ranking 14. Ini terjadi dengan pasukan  Korea selatan pada 2002. Pada tahun itu korea berada di tangga di tangga ke 42 dan berjaya mengalahkan pasukan Italy(6) dan Spain(7).


c) Argentina akan kalah, setelah Brazil menang pada malam sebelumnya.Sejarah world cup membuktikan sejak dari perubahan format pertandingan bermula 1986, pasukan Brazil dan Argentina tidak akan bersama2 berada di separuh akhir. Pada 1986 Brazil tewas kepada France (penalti) pada peringkat sukuakhir dan Argentina menjadi juara. Pada 1990 Brazil dan Argentina bertemu di pusingan ke2 dan Brazil tewas 1-0. 1994 Argentina tewas kepada Romania pada pusingan ke2 dan Brazil telah menjadi juara pada tahun itu. 1998 Argentina tewas kepada Holland dan Brazil telah memasuki perlawanan akhir tapi tewas kepada France. 2002 Argentina tidak layak masuk ke peringkat kalah mati dan Brazil menjadi juara. 2006 Argentina dan Brazil tewas di peringkat sukuakhir. Germany akan menang.

d) Spain akan menang. Perbezaan ranking terlalu jauh kelebihan Spain. Tidak pernah dalam sejarah pertandingan hanya ada satu pasukan eropah yang bermain di separuh akhir. Pertandingan yang lepas lepas telah membuktikanya. 2006 semua slot di isi oleh eropah, Germany lwn Italy dan Portugal lwn France.
2002, Korea lwan Germany dan Brazil lwn Turkey. 1998 Brazil lwn Holland dan France lwn Croatia. 1994 Sweden lwn Brazil dan Bulgaria lwn Italy.


Separuh akhir.

a) Brazil lawan Ghana.

Kelebihan kepada Brazil untuk menang dan Brazil memang telah di takdirkan pergi keperlawan akhir walaupun menjadi tuanrumah pada 2014( Lihat Germany . Tuanrumah 2006 tapi ke perlawanan akhir 2002). Ranking dunia akan menjadi panduan pada masa itu.  Kes seperti juga masa Korea menjadi tuan rumah tapi hanya bermain di peringkat separuh akhir sahaja.

b) Germany lawan Spain.

Dari ranking Spain mempunyai kelebihan untuk menang. Sekiranya Germany menang,rangking pasukan dunia tidak boleh di pakai. Perlawanan akhir adalah antara ranking pertama dan kedua.

Perlawanan akhir.

Brazil dan Spain.

Brazil akan menjadi tuan rumah pada 2014. dari sejarah belum pernah pasukan dari eropah akan menjadi juara di benua amrika. kejohanan 2010 adalah milik eropah. Pada 2002(Asia) di tanah baru Brazil telah menjadi juara. kali ini giliran eropah pula.sekiranya Brazil menjadi juara, maka sejarah baru akan tercipta tapi untuk mencipta sejarah world cup bukan mudah.Percayala pada 1982 Spain kempunan, pada 2010 adalah harinya. setelah menjadi juara eropah2008, Spain akan menjadi juara dunia pula.


*Sekiranya ada yang mahu mencabar hujah ini sila berikan komen.

Isnin, 28 Jun 2010

Jawapan

Seperti di janji kan di sertakan Jawapan bagi persoalan yang telah di kemukakan pada jumaat lepas;

JawapannyaKata Imam Ghazali




1. Yang paling dekat dengan kita adalah “MATI”. Sebab itu sememangnya janji Allah swt bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)



2. Yang paling jauh dari kita di dunia ini adalah “MASA LALU”. Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.



3. Yang paling besar di dunia ini adalah “NAFSU”. Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.



4. Yang paling berat di dunia ini adalah “MEMEGANG AMANAH”. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah swt meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya sanggup dengan permintaan Allah swt, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak dapat memegang amanahnya.



5. Yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita dan kehidupan dunia, kita meninggalkan solat, gara-gara bermesyuarat dan berseronok-seronok, kita meninggalkan solat.



6. Yang paling tajam di dunia ini adalah “LIDAH MANUSIA” Kerana melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.



Wallahualam.

Posted @ www.isuhangat.net

Sabtu, 26 Jun 2010

Penyokong Italy, France dan Spain

Penyokong Italy.Komen"Italy sudah pernah juara mah.3 kali lagi. Spain apa ada? Makan loti lah"



Penyokong France. Komen" itu nasib. keluar awal. boleh la Anelka jumpa Cannavaro di airport"




Penyokong spain. Komen "tak kesah jumpa pasukan mana pun. Yang penting masuk pusingan kedua. Bukan macam Italy dan France awal awal sudah opoh"

Jumaat, 25 Jun 2010

Kampungku

kampung Berungis akan ada mercutanda yang baru...kedai 3 tingkat. tapi siapa pemiliknya nanti??

Pergi tak akan kembali

Innalilah......
Suami kepada Piah anak dembula Bunu@ Ma piah @ kakak demula Jan telah meninggal dunia di Kupang tengahari tadi.Piah telah buat rumah di tapak bekas rumah dembula bapa beliau di kupang berdekatan dengan gelangang takraw.Kepada warga berungis yang berkesampatan boleh la datang menziarah.

Khamis, 24 Jun 2010

Pembuka minda Pagi jumaat.

Soalan 1: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Soalan 2: Apa pula yang paling jauh dari kita di dunia ini?

Soalan 3: Apa yang paling besar di dunia ini?

Soalan 4:Apa yang paling berat di dunia ini?

Soalan 5: Apa yang paling ringan di dunia ini?

Saoalan 6: Apa yang paling tajam di dunia ini.?

Jawapan akan di berikan kemudian...Kalau sesiapa yang boleh jawap ada hadiah
Dengan terteranya gambar tersebut BNews melangkah ke era baru. Bnews akan cuba memaparkan gambar2 persekitaran kampung tentangapa2 yang menarik....
Kek coklet. hari jadi Achik

Sekapur sirih

Meja Bnews tidak menerima berita tentang majlis perkhawinan atau kenduri pada minggu ini di kampung. Cuma ada berita perkhawinan cucu Hj Ebi di kampung Lok Batik pada hari ahad.

Selasa, 22 Jun 2010

Kenduri

Kenduri arwah Ma mali akan di adakan esok di Onsom. Kepada yang ada kelapangan di jemput hadir

Isnin, 21 Jun 2010

Lapuran jam 3 petang

Cuaca mendung tapi tidak hujan. Bapa kabil melapurkan keadaan kampung masih ceria dengan pemuja2 bola keluar dan masuk. Para tetamu juga sudah pulang ke rumah masing-masing.Sekian saja lapuran kali ini.

Ahad, 20 Jun 2010

Santapan jiwa

10 kisah orang bodoh yang berjaya
10 kisah orang-orang yg gagal/pahit terlebih dahulu dan akhirnya berjaya dengan luarbiasa sebagai motivasi kepada kita semua.


1. Albert Einstein






Dialah Ilmuwan terkenal abad 20 yang terkenal dengan teori relativifnya. Dia juga salah satu pemenang Nobel. Siapa sangka dia adalah semasa kanak-kanak, beliau ialah terlambat bercakap dan juga mengidap Autisme iaitu penyakit yang sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain. Waktu kecil dia juga suka lalai dengan pelajaran.




2. Abraham Lincoln




Kisah Lincoln merupakan contoh klasik orang-orang yang benar-benar berani gagal.
Gagal dalam bisnes pada tahun 1831.
Dikalahkan di Badan Legislatif pada tahun 1832.
Gagal sekali lagi dalam bisnes pada tahun1833.
Mengalami patah semangat pada tahun 1836.
Gagal memenangkan pertandingan pidato pada tahun1838.
Gagal menduduki dewan pemilih pada tahun 1840.
Gagal dipilih menjadi anggota Kongres pada tahun 1843.
Dilantik menjadi anggota Kongres pada tahun 1846.
Gagal menjadi anggota Kongres pada tahun 1848.
Gagal menjadi anggota senat pada tahun 1855.
Gagal Menjadi Presiden Pada Tahun 1856.
Gagal Menjadi anggota Dewan Senat pada tahun 1858.
Akhirnya pada tahun 1860 dilantik sebagai presiden Amerika yang ke-16 dan salah seorang presiden yang sukses dalam sejarah Amerika.


3.Bill Gates




William Henry Gates III, atau yang lebih dikenal Bill Gates adalah CEO Microsoft. Ia juga merupakan seorang yang dermawan melalui kegiatannya di Yayasan Bill & Melinda Gates. Ia adalah pertama dalam orang terkaya di dunia versi majalah Forbes selama 13 tahun (1995 hingga 2007). Siapa sangka dia sebelumnya pernah dibuang dari Harvard dan bekerja sebagai Office Boy


4. Adam Khoo






Dia orang Singapura. Waktu kecil, ia adalah penggemar games yang ekstrem dan TV. Sehari, ia boleh duduk berjam-jam di depan TV. Baik main PS atau menonton TV.


Adam Khoo pun dikenali sebagai seorang anak bodoh. Ketika darjah empat , Ia dikeluarkan dari sekolah. Ia pun dimasukkan ke Sekolah Rendah terburuk di Singapura. Ketika dia akan masuk Sekolah Menengah, ia ditolak oleh enam Sek Men terbaik di sana. Akhirnya, ia belajar di Sek Men terburuk di Singapura. Begitu buruknya prestasi akademiknya, tapi lama kelamaan dia semakin baik justeru karena cemuhan kawan-kawannya, hingga akhirnya memperoleh kejayaan di dunia perniagaan.


Prestasi Adam di dunia perniagaan bermula pada Adam berusia 26 tahun. Ia telah memiliki empat perniagaan dengan total nilai aset setahun bernilai US$ 20 juta.


Kisah bisnes Adam bermula ketika ia berusia 15 tahun. Ia berniaga music box. Bisnes berikutnya adalah pernigaan training dan seminar. Pada usia 22 tahun, Adam Khoo adalah trainer peringkat nasional di Singapura. Pelanggan-pelanggannya adalah para manager dan top manager perusahaan-perusahaan di Singapura. Bayarannya mencapai US$ 10,000 per jam.


5. Aristotle Onassis:




Di sekolah, ia bodoh dan suka mencari pasal dan berlagak seperti orang kaya. Tidak aneh kalau ia diusir dari beberapa sekolah. Ia sering mendapat nombor tercorot di kelasnya. Salah seorang gurunya berkata:


Teman-teman sekelas memuja dia kerana sikapnya, tetapi guru guru dan keluarganya berputus asa. Semasa dia masih muda, dengan mudah orang dapat melihat bahwa dia akan menjadi seorang di antara mereka yang akan menghancurkan diri sama sekali atau sukses secara gilang-gemilang.


Walaupun reportnya di sekolah semakin bagus, bakatnya untuk berniaga dan mencari wang telah nampak sejak kecil. Akhirnya dia menjadi seorang jutawan.


6. Thomas Alva Edison:




Suatu hari, seorang anak kecil berusia 5 tahun, agak pekak dan bodoh di sekolah, pulang ke rumahnya membawa sehelai kertas dari gurunya. ibunya membaca kertas tersebut,
Tommy, anak ibu, sangat bodoh. kami minta ibu untuk mengeluarkannya dari sekolah.
Ibunya terhenyak membaca surat ini, namun ia segera membuat tekad yang teguh, ” anak saya Tommy, bukan anak bodoh. saya sendiri yang akan mendidik dan mengajar dia.”
Tommy kecil adalah Thomas Alva Edison yang kita kenal sekarang, salah satu saintis terbesar di dunia. dia hanya bersekolah sekitar 3 bulan, dan secara fizik agak lembab, namun itu semua ternyata bukan penghalang untuk terus maju.


Siapa yang sebelumnya menyangka bahawa kanak-kanak tuli yang bodoh sampai-sampai diminta keluar dari sekolah, akhirnya bisa menjadi seorang genius? jawabannya adalah ibunya! Ya, Nancy Edison, ibu dari Thomas Alva Edison, tidak menyerah begitu saja dengan pendapat pihak sekolah terhadap anaknya.


7. Chris Gardner




Sudah pernah mdnonton film atau baca buku Pursuit of Happyness ? Itulah kisah benar kehidupan Christoper Paul Gardner yang dilakonkan oleh Will Smith. Pahit manisnya kehidupan sudah dirasakan olehnya. Kehilangan tempat tinggal, ditinggal isteri, ditangkap polis, kesulitan membayar kredit, semuanya sudah dirasakan. Dia bukanlah orang berpendidikan tinggi tapi dia terus berusaha dan berjuang, Kini dia menjadi seorang jutawan yang sukses, motivator, entrepeneur dan filantropis. Sekarang dia mempunyai Gardner Rich & Co, sebuah perniagaan saham.


8.Ludwig Van Beethoven




Jika anda mengenal seorang wanita yang sedang hamil, yang telah mempunyai 8 anak, tiga diantaranya pekak, dua buta, satu mengalami gangguan mental dan wanita itu sendiri mengidap siplis, apakah anda akan menyarankannya untuk menggugurkan kandungannya? Jika anda menjawab ya, maka anda baru saja membunuh salah seorang termasyur dunia. Kerana anak yang dikandung oleh ibu tersebut adalah Ludwig Van Beethoven. Ketika Beethoven berumur di hujung dua puluhan, tanda-tanda pekaknya mulai tampak, tapi akhirnya ia menjadi ahli muzik yang terkenal dengan karya 9 simfoni, 32 sonata piano, 5 piano concerto, 10 sonata untuk piano dan biola, serangkaian penggesek biola yang menakjubkan, muzik vokal, muzik teater, dan banyak lagi.


9. Louis Braille:




Louis Braille mengalami kerosakan pada salah satu matanya ketika berusia 3 tahun. Waktu itu secara tidak sengaja dia menikam matanya sendiri dengan alat pembuat lubang dari perkakas kerja ayahnya. Kemudian mata yang satunya terkena sympathetic ophthalmia, kesan yang terjadi karena kerosakan mata yang lainnya. Kebutaan tidak membuatnya putus asa, ia menciptakan abjad Braille yang membantu orang buta membaca. Sekarang siapa yang tidak tahu abjad Braille?


10. Mark Zuckerberg:




Pemuda ini dinobatkan sebagai jutawan termuda dalam sejarah yang bermula dari keringatnya sendiri. Mark adalah seorang anak muda yang suka berhibur dengan internet. Dimulai dari sebuah laman penghubung mahasiswa Harvard, ternyata ramai yang menyukainya, dengan nekad ia mengikuti jejak seniornya, Bill Gates, pelajar buangan dari Harvard untuk mengembangkan laman tersebut menjadi Facebook yang kita kenal sekarang. Tahukah Anda? Mark pernah menolak tawaran Friendster yang ingin membeli Facebook 10 juta US$, tawaran dari viacom 750 juta dolar dan yang paling mengkagumkan tawaran dari yahoo satu billion dolar.


Posted @ www.isuhangat.net

Terhangat dan terbaru.

Bapa kabil melapurkan keadaan di kampung berungis masih terkawal...orang keluar dan masuk tapi ada juga yang datang ke rumah.Berita terhangat akan menyusul?????..........sekian.

Mendo

Tanpa di sangka2, Pada sabtu lepas En. Jemin telah membawa rombongan mendo ke Kg. Sg. Damit. Beliau ketika di hubungi oleh Bnews hanya berkata Cerita alap jo.
Siapa yang mendo jadi rahsia sehingga mendapat jawapan dari pihak perempuan.....sekian lapuran dari Luyang KK.

Sabtu, 19 Jun 2010

Musim Hujan

Hujan sejak dari jam 12 tengahhari kelmarin telah mengakibatkan banjir kilat di kampung berungis. Lokasi yang terlibat belakang sekolah sedalam 1M dan di selekoh tuug sedalam 0.5M. Beberapa buah kenderaan telah mengalami kerosakan dan tersadai. Antara nya GEN putih SAB3132B di sekolah dan myvi silver SAA9063K di kedai tuaran(Parking di depan TOTO). Adakah ini merupakan klu????

Rabu, 16 Jun 2010

Terkini

Arwah Ma mali akan di kebumikan di Kampung Saman sebelum sembahyang Zuhor.

Pergi tak akan kembali

Innalilah...
Ma Mali bapa kepada Nordin@Uduk telah meninggal dunia subuh tadi di Onsom. Jenazah akan di kebumikan pada hari ini..lapuran selanjutnya akan menyusul dari wakil Berungis news di kupang.

Sekapur sirih

Meja Berungis News tidak mendapat apa- apa berita tentang Majlis perkhawinan atau kenduri pada minggu ini tapi ada 2 majlis yang meja berungis News perlu hebahkan.
1) anak cigu jain dari Ambong. Majlis akan di adakan di kampung Kindu.
2) Anak Hj sambas. Majlis akan di adakan di kampung Reganan.

Kedua2 majlis akan diadakan pada hari ahad ini.

XXXL

Kalau tiada aral, Kampung berungis akan ada wakil pemain yang akan bermain di liga perdana.Pemuda yang mahu di kenali sebagai nama C Y telah di panggil oleh pasukan Sabah untuk menjalani latihan semenjak 2 minggu lalu.Ketika di temui oleh wakil Berungis News malam tadi C Y enggan memberikan kenyataan.Mungkin beliau cuba memancing Wanger untuk untuk membawa beliau ke London.

Selamat Kembali

Roy@Zelan telah berpindah dari kem latihan khimat negara Tawau ke Kiulu. Perpindahan ini berkuatkuasa pada jumaat depan. Berita ini telah di sahkan oleh Mama AM sebagai wakil Berungis News di kiulu.

Selasa, 15 Jun 2010

KHAS dari BerUngis {AmCotT Theo}


Apa khabar orng ,berungis minggu ini aku ada laporan khas dari KG berungis . berita ini memang berkaitan dengan gambar diatas { gambar samry } . sebenarnya samry telah menjalani latihan dengan SABAH FC semenjak minggu lepas lagi aku dengar bahawa samry berkemungkinan besar akan menjadi penjaga gol ke-4 kah... atau ke -3 sabh FC untuk musim depan .aku pun tidak pi kg untuk beberapa hari ini jadi berita ini mungkin mempuyai kesilapan . ini saja lah untuk minggu ini kalau aku berkesempatan untk bertemu dengan samry aku akan meyoal........ beberapa soalan kepada dia mungkin akan menggambil beberapa keping gambar ......................... o.k lah perlawana CIV Vs PoR akan bermula tak lma lagi jadi THAT ALL FOR NOW .



from ; AmCotT TheO
to ; berungis fan just for you
golll..............................

Ahad, 13 Jun 2010

Indah kampungku..

Jam 230 petang hujan turun dengan lebat. Jarak penglihatan terhad...tidak nampak nombor dan warna baju. Hujan hanya reda selepas 1 jam. Menurut Pa Lija walaupun hujan turun tapi panas amat terasa. Mungkin panas dari kelmarin. Dia menambah harap2 minggu depan kurang panas.Sekian lapuran dari kandang kuda.

Tongkeh TORO

Jumaat, 11 Jun 2010

Sepintas lalu...

Sem makan angin ke Tawau.Tiada game ini malam samada di Kupang atau di dembila(Gunting)Kata En Poh " tengok bola saja la"

Khamis, 10 Jun 2010

Sekapur sirih seulas pinang

Ada 2 majlis perkahwinan di kampung pada minggu ini 13/06/2010.
1)Nama pengantin tidak di ketahui.Anak Hj Kadis Hj Diasin.tempat di Kg Saman.
2)Yus anak arwah Hj.sani kawin dengan org di Klias.Tempat di Kupang.
(Gambar2 suasana kedua2 majlis akan di upload pada hari isnin)
Sekian saja untuk makluman Saudara2 semua. Sekiranya terdapat berita atau peristiwa yang gembira,duka akan cuba di update oleh TT.

sunsuluyun

Rabu, 9 Jun 2010

ass" mlam ni Kw TelAH MeLahIrkAN SaTU BlOk yG PalINg teRMasuR D BerungIs . S o kW AkaN MulAkAN BLok Ini pADa HaRI LUsa IaiTu PaDA HAri JUMaat JadI MAri RaMai 2X ........................ GI Blok KW k BUt Do"Not fOrGot AbAut SOlAT jumaat . It IMporten U now IT sunat yg D tuntut

"BerUNgIs NewS"

"BerUNgIs NewS"