find my blog

Rabu, 30 Jun 2010

World cup.

Peringkat suku akhir akan bermula malam esok. Ramalan Bnews adalah seperti di bawah.
Nombor dalam kurungan adalah Ranking dunia pada sebelum bermulanya kejohanan ini.

a)Brazil(1) ws Holland(4)

b)Uruguay(16) lwn Ghana( 32)

c)Argentina( 7) lwn Germany( 6)

d)Spain( 2) lwn Paraguay( 31)

Ramalan BNews:

a) Brazil akan menang. Dari ranking sudah satu kelebihan. Memandangkan pada 2014 Brazil akan menjadi tuan rumah, memasuki peringkat separuh akhir dan akhir adalah satu kelebihan(sila lihat germany 2002).Sekiranya Holland menang, Argentina akan menewaskan Germany. Tapi pada pandangan BNews, Brazil akan menang Berdasarkan kepada Ranking.

b)Ghana akan mengalahkan Uruguay. Pasukan Ghana adalah wakil benua Afrika setelah pasukan Afrika lain tewas. Walaupun ranking dunia tidak menyebelahi Ghana namun Ghana telah membuktikan dengan mengalahkan USA ranking 14. Ini terjadi dengan pasukan  Korea selatan pada 2002. Pada tahun itu korea berada di tangga di tangga ke 42 dan berjaya mengalahkan pasukan Italy(6) dan Spain(7).


c) Argentina akan kalah, setelah Brazil menang pada malam sebelumnya.Sejarah world cup membuktikan sejak dari perubahan format pertandingan bermula 1986, pasukan Brazil dan Argentina tidak akan bersama2 berada di separuh akhir. Pada 1986 Brazil tewas kepada France (penalti) pada peringkat sukuakhir dan Argentina menjadi juara. Pada 1990 Brazil dan Argentina bertemu di pusingan ke2 dan Brazil tewas 1-0. 1994 Argentina tewas kepada Romania pada pusingan ke2 dan Brazil telah menjadi juara pada tahun itu. 1998 Argentina tewas kepada Holland dan Brazil telah memasuki perlawanan akhir tapi tewas kepada France. 2002 Argentina tidak layak masuk ke peringkat kalah mati dan Brazil menjadi juara. 2006 Argentina dan Brazil tewas di peringkat sukuakhir. Germany akan menang.

d) Spain akan menang. Perbezaan ranking terlalu jauh kelebihan Spain. Tidak pernah dalam sejarah pertandingan hanya ada satu pasukan eropah yang bermain di separuh akhir. Pertandingan yang lepas lepas telah membuktikanya. 2006 semua slot di isi oleh eropah, Germany lwn Italy dan Portugal lwn France.
2002, Korea lwan Germany dan Brazil lwn Turkey. 1998 Brazil lwn Holland dan France lwn Croatia. 1994 Sweden lwn Brazil dan Bulgaria lwn Italy.


Separuh akhir.

a) Brazil lawan Ghana.

Kelebihan kepada Brazil untuk menang dan Brazil memang telah di takdirkan pergi keperlawan akhir walaupun menjadi tuanrumah pada 2014( Lihat Germany . Tuanrumah 2006 tapi ke perlawanan akhir 2002). Ranking dunia akan menjadi panduan pada masa itu.  Kes seperti juga masa Korea menjadi tuan rumah tapi hanya bermain di peringkat separuh akhir sahaja.

b) Germany lawan Spain.

Dari ranking Spain mempunyai kelebihan untuk menang. Sekiranya Germany menang,rangking pasukan dunia tidak boleh di pakai. Perlawanan akhir adalah antara ranking pertama dan kedua.

Perlawanan akhir.

Brazil dan Spain.

Brazil akan menjadi tuan rumah pada 2014. dari sejarah belum pernah pasukan dari eropah akan menjadi juara di benua amrika. kejohanan 2010 adalah milik eropah. Pada 2002(Asia) di tanah baru Brazil telah menjadi juara. kali ini giliran eropah pula.sekiranya Brazil menjadi juara, maka sejarah baru akan tercipta tapi untuk mencipta sejarah world cup bukan mudah.Percayala pada 1982 Spain kempunan, pada 2010 adalah harinya. setelah menjadi juara eropah2008, Spain akan menjadi juara dunia pula.


*Sekiranya ada yang mahu mencabar hujah ini sila berikan komen.

Isnin, 28 Jun 2010

Jawapan

Seperti di janji kan di sertakan Jawapan bagi persoalan yang telah di kemukakan pada jumaat lepas;

JawapannyaKata Imam Ghazali




1. Yang paling dekat dengan kita adalah “MATI”. Sebab itu sememangnya janji Allah swt bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)



2. Yang paling jauh dari kita di dunia ini adalah “MASA LALU”. Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.



3. Yang paling besar di dunia ini adalah “NAFSU”. Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.



4. Yang paling berat di dunia ini adalah “MEMEGANG AMANAH”. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah swt meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya sanggup dengan permintaan Allah swt, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak dapat memegang amanahnya.



5. Yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita dan kehidupan dunia, kita meninggalkan solat, gara-gara bermesyuarat dan berseronok-seronok, kita meninggalkan solat.



6. Yang paling tajam di dunia ini adalah “LIDAH MANUSIA” Kerana melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.



Wallahualam.

Posted @ www.isuhangat.net

Sabtu, 26 Jun 2010

Penyokong Italy, France dan Spain

Penyokong Italy.Komen"Italy sudah pernah juara mah.3 kali lagi. Spain apa ada? Makan loti lah"



Penyokong France. Komen" itu nasib. keluar awal. boleh la Anelka jumpa Cannavaro di airport"




Penyokong spain. Komen "tak kesah jumpa pasukan mana pun. Yang penting masuk pusingan kedua. Bukan macam Italy dan France awal awal sudah opoh"

Jumaat, 25 Jun 2010

Kampungku

kampung Berungis akan ada mercutanda yang baru...kedai 3 tingkat. tapi siapa pemiliknya nanti??

Pergi tak akan kembali

Innalilah......
Suami kepada Piah anak dembula Bunu@ Ma piah @ kakak demula Jan telah meninggal dunia di Kupang tengahari tadi.Piah telah buat rumah di tapak bekas rumah dembula bapa beliau di kupang berdekatan dengan gelangang takraw.Kepada warga berungis yang berkesampatan boleh la datang menziarah.

Khamis, 24 Jun 2010

Pembuka minda Pagi jumaat.

Soalan 1: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Soalan 2: Apa pula yang paling jauh dari kita di dunia ini?

Soalan 3: Apa yang paling besar di dunia ini?

Soalan 4:Apa yang paling berat di dunia ini?

Soalan 5: Apa yang paling ringan di dunia ini?

Saoalan 6: Apa yang paling tajam di dunia ini.?

Jawapan akan di berikan kemudian...Kalau sesiapa yang boleh jawap ada hadiah
Dengan terteranya gambar tersebut BNews melangkah ke era baru. Bnews akan cuba memaparkan gambar2 persekitaran kampung tentangapa2 yang menarik....