find my blog

Khamis, 13 Januari 2011

Facebook.com

Dalam hidup aku , aku selalu nampak orang yang tergila gilakan facebook . ini termasuk adik aku sendiri walaupun kecil lagi tapi dah ada facebook sendiri , tapi tak ada pulak aku nampak gan mata aku sendiri atuk yang tergila-gilakan facebook . jadi kepada pemilik akaun facebook korang baca la ni , kalau ada tanda-tanda ulat faceBOOK kat korang
ada ke warga emas yang gilakan Facebook


astro first or cinema

Aje Zalim ,

 
Astro First bakal menyaingi pawagam-pawagam yang ada di Malaysia. Selain Gold Class, kat mana lagi korang nak nengok filem terbaru sambil berbaring kalau atau korang lebih rela jalan jauh dan berbaris panjang panjang untuk beli tikit dan tunggu .. ? Apa pendapat anda? adakah astro first atau pawagam ..

Sabtu, 24 Julai 2010

Assalamualaikum..
Ada beberapa perkara yang Berungis News ingin war2 kan kepada warga2 berungis sekalian.


1)Mesyuarat persediaan Badan Mesjid pada malam hari jumaat yang lalu telah mengambil ketetapan seperti berikut:
a) Sembahyang Tarawih akan di adakan sebanyak 20 rakaat.
b)Moreh @ idar tidak akan di adakan. Tetapi sekiranya terdapat orang peseorangan yang ingin bersedekah adalah digalakan.
c) Gotong royong membersihkan mesjid akan diadakan pada 1 Ogos bermula jam 0900 pagi.


2)Gotong royong membersih tanah perkuburan di kampung Saman akan di buat pada 31 julai
bermula jam 0900 pagi hingga selesai. Gotong royong ini adalah kerjasama antara JKKK Kg. Berungis dan
JKKK Kg. Saman.

Berungis News ingin mengumumkan saudara Awang Mumin berkerja  di bahagian bekalan ubat di hospital Berungis  telah meninggal dunia pada subuh Jumaat kira kira jam 3 pagi. Dembula yang juga tinggal berselang 1 rumah dengan saya di Taman Seri Tambalang telah di kebumikan di kampung beliau di Kuala Penyu selepas sembahyang jumaat. Al Fatihah

Sekian saja dari meja Berungis news.

Rabu, 21 Julai 2010

Pergi tak kembali

Innalilah.....
Faizal bin Mud( empu dembula ma mud) telah meninggal dunia pagi tadi di Hospital Pakar Likas kira2 jam 0900 pagi tadi. Beliau meninggal setelah sampai di Hospital selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya di tebobon.
Jenazah masih lagi dihospital pada masa ini jam 130 petang.

Jenazah adik Faizal telah selamat di kebumikan petang ini juga kira2 jam 630 petang.

Selasa, 20 Julai 2010

Sains mengungkap kebenaran Al-Quran

Merujuk kepada matahari dan bulan di dalam Al Qur’an, dinyatakan bahawa masing-masing bergerak dalam orbit atau garis edar tertentu.




“Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.” (Al Qur’an, 21:33)








Disebutkan pula dalam ayat yang lain bahawa matahari tidaklah diam, tetapi bergerak dalam garis edar tertentu:

“Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.” (Al Qur’an, 36:38)










Fakta-fakta yang disampaikan dalam Al Qur’an ini telah ditemui melalui kajian astronomis di zaman ini. Menurut perkiraan para ahli astronomi, matahari bergerak dengan kecepatan luar biasa yang mencapai 720 ribu km per jam.



Ini bererti matahari bergerak sejauh kurang lebih 17.280.000 kilometer dalam sehari. Bersama matahari, semua planet dan satelit dalam sistem graviti matahari juga berjalan menempuh jarak ini. Selanjutnya, semua bintang di alam semesta berada dalam suatu gerakan serupa yang tersusun.







Keseluruhan alam semesta yang dipenuhi oleh lintasan dan orbit seperti ini, dinyatakan dalam Al Qur’an sebagai berikut:

“Demi langit yang mempunyai jalan-jalan.” (Al Qur’an, 51:7)



Terdapat sekitar 200 juta galaksi di alam semesta yang masing-masing terdiri dari hampir 200 bintang. Sebahagian besar bintang-bintang ini mempunyai planet, dan sebagian besar planet-planet ini mempunyai bulan. Semua benda langit tersebut bergerak dalam garis peredaran yang diperhitungkan dengan sangat teliti.



Selama jutaan tahun, masing-masing seolah “berenang” sepanjang orbitnya dalam keserasian dan teratur yang sempurna bersama dengan yang lain. Selain itu, sejumlah komet juga bergerak bersama sepanjang orbit yang ditetapkan baginya.



Orbit di alam semesta tidak hanya dimiliki oleh benda-benda angkasa. Galaksi-galaksi pun berjalan pada kecepatan luar biasa dalam suatu garis peredaran yang terhitung dan terencana. Selama pergerakan ini, tak satupun dari benda-benda angkasa ini memotong lintasan yang lain, atau berlanggar dengan lainnya. Bahkan, telah terbukti bahawa sejumlah galaksi berpasangan satu sama lain tanpa satu pun dari bahagian-bahagiannya saling bersentuhan.



Pada saat Al Qur’an diturunkan, manusia tidak memiliki teleskop masa kini ataupun teknologi canggih untuk mengamati ruang angkasa berjarak jutaan kilometer, tidak pula berpengetahuan fizik ataupun astronomi moden.



Oleh itu, saat itu tidaklah mungkin untuk mengatakan secara ilmiah bahwa ruang angkasa “dipenuhi lintasan dan garis edar” sebagaimana dinyatakan dalam ayat tersebut. Akan tetapi, hal ini dinyatakan secara terbuka kepada kita dalam Al Qur’an yang diturunkan pada saat itu: karena Al Qur’an adalah firman Allah.



Allahuakbar! Posted @ www.isuhangat.net

Ahad, 18 Julai 2010

Kabel Elektrik putus

Bekalan elektrik telah terputus di sebahgian kawasan di  kampung Berungis. Kawasan yang terlibat bermula dari kawasan Lok Kukas termasuk sebelah bukit(Ungus) dan sebelah sungai tempat rumah Zeli hingga ke masjid. Bekalan telah mula terputus kira-kira jam 8 malam.
Menurut En. Jali(Juruteknik SESB) satu talian(wayar) kabel telah putus di kawasan tengah sawah padi bersebelahan Masjid. Punca2 kabel tersebut putus tidak di pastikan oleh beliau tapi tidak menghairankan jika talian tersebut bersentuhan antara satu sama lain.
Menurut En. Jali, pembaikan akan di buat oleh pihak kontraktor SESB pada esok pagi. Jangka masa siap tidak dapat di pastikan. Harap2 kerja2 tersebut tidak terhalang oleh cuaca esok hari.
Kepada Warga berungis yang terlibat dengan terputusnya bekalan elektrik ini diminta bersabar. Tindakan segera akan di buat oleh pihak SESB.

Sabtu, 17 Julai 2010

"BerUNgIs NewS"

Jumlah tetamu yang bertandang ke blog BerUNgIs NewS menghampari angka 500. Terimakasih atas sokongan secara langsung dan tidak langsung.Bagi pihak BNewS di ucapkan ribuan terimakasih.Bolg ini di wujudkan sebagai sumber maklumat kepada semua warga berungis yang tinggal di seluruh negara.Sekali lagi ribuan terimakasih kerana menyokong.
Menjelang malam